malam anugerah kolej APIUM NILAM PURI 2010

malam anugerah kolej APIUM NILAM PURI 2010

Wednesday, September 9, 2009














MULAI SEKARANG SAYA KENA JADI ABANG YANG BAIK


SELEPAS DIBERSIHKAN

SYUKUR TAK TERHINGGA..DAPAT BABY BARU


SEMASA MULA2 KELUAR


SELEPAS DIBERSIHKAN


LETIH BERUSAHA

Sunday, April 6, 2008

Wednesday, April 2, 2008

nikmati bacaan AsSyeikh Mustafa Ismail


SEGMEN AL-QURAN


QARI UNGGUL MESIR As-Syeikh Mustafa Ismail

Dinobatkan sebagai qari unggul mesir dan merupakan qari rasmi istana presiden Mesir.Berasal dari Tanta dan kemudian menetap di Kaherah.

Mempunyai suara yang luar biasa sehingga memukau pendengar samada orang arab atau bukan arab.Dijemput untuk membacakan Al-Quran di kebanyakan negara termasuk Eropah,Amerika,asia tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Beliau cuba untuk membangkitkan semula bacaan Al-Quran berlagu sebagaimana asal bacaan Quran itu sendiri.Bacaannya diikuti oleh kebanyakan qari-qari dunia khususnya qari-qari iran dan qari-qari nusantara.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1978.Bacaan beliau masih berkumandang dalam radio Al-Quran Al-Karim Kaherah samada bacaan tartil atau berlagu.

SEJARAH FAQIR BELAJAR AL-QURAN

Bermula dengan didikan pertama bonda dan ayahnda kemudian dengan tunjuk ajar abang-abang ( us ismail dan us yahya ) menjadikan saya terus bersemangat untuk mendalami dan menerokai bidang seni yang cukup agung ini.

Peluang ke Mesir saya gunakan sebaiknya. Di sinilah saya cuba mendekati Qari-qari agung Mesir seperti As-Syeikh Doktor Ahmad Nuaina' , As-Syeikh Doktor Isa Al-Mi'sorawi ( Syeikh umum maqari' Mesir ) , As-Syeikh Raghib Mustafa Glalwash dan As-Syeikh Fathi Hassan Al-Maligi.

Lebih bertuah lagi apabila saya dapat belajar ( musyafahah ) dengan As-Syeikh Doktor Ahmad Nuaina' walaupun tidak kerap kerana kepadatan jadual beliau.

Saya juga beruntung dapat musyafahah dengan As-Syeikh Fathi Al-Maligi yang merupakan murid kepada As-Syeikh Mustafa Ismail qari unggul Mesir.

Pada tahun 2007, saya di amanahkan oleh MPKB dan Kerajaan Kelantan untuk menguruskan dan mengiringi As-Syeikh Isa Mi'sorawi ke Seminar Tarannum Al-Quran Antarabangsa di Kota Bharu Kelantan dalam masa yang sama menjadi penterjamah dah moderator dalam beberapa slot. Al-Fadhil As-Syeikh memberi ucapan dan seminar mengenai bentuk pembacaan Al-Quran yang betul.

Seminar itu juga dihadiri oleh As-Syeikh Fathi A-Maligi yang dibawakan khas untuk membentangkan kertas kerja mengenai Tarannum Al-Quran.




bersama As-Syeikh Isa Al-Mi'sorawi ketika seminar tarannum di Kota Bharu

bersama As-Syeikh Isa Al-Mi'sorawi ketika seminar tarannum di Kota Bharu

majlis perasmian seminar disempurnakan oleh TGNA Menteri Besar Kelantan

majlis perasmian seminar disempurnakan oleh TGNA Menteri Besar Kelantan

VIDEO BACAAN AL-QURAN DR. AHMAD NUAINA'

BELAJAR TARANNUM DENGAN DR AHMAD NUAINA'

MARI BELAJAR TARANNUM ALA MESIR..

SEKITAR KONVOKESYEN DARUL-IFTA' 3hb OGOS 2008

SEKITAR KONVOKESYEN DARUL-IFTA' 3hb OGOS 2008